Ujian dari Allah..
Saturday, 31 May 2014 | 05:28 | 0comments
Ujian Allah begitu perit,pahit dan menyakitkan.. kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan.. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan.. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita.. Kasih sayang Allah jauh lebih tinggi dan lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sayangnya, kita hamba yang "buta". Kita tidak nampak, di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu ada kasih sayang dari-Nya jua.. Tetapi, kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih sayang Allah disebalik segala ujian-Nya.. Kita selalu bertanya, "Mengapa Allah takdirkan kesusahan dan keperitan ini keatas diriku". Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah. Kita seharusnya mampu "tersenyum" ketika dipukul oleh takdir-Nya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakanlah pada hati, " Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hamba-Mu. Di sebalik ujian ini, aku yakin ade kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku, aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sabalik semua ini tetap ada kasih sayang-Mu".
Ingatlah sentiasa Allah sentiasa menyayangi kita..
Ingatlah sentiasa Allah sentiasa menyayangi kita..