//Afifa World
Disclaimer.
Hello!
Home About Links Stuff FOLLOW+
Welcome~ Speaking here is Siti Nur Afifa. Do follow and leave your footprint at my tagboard. Be nice here :D
Bold italic underline

welcome

Tagboard
Chit Chat Here!

Shout here Thank you!

Archive
See The Post



Archive

Credits
Big Claps!
Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Siti
Owner is: Ifa
Hargai Anugerah Ilahi
Sunday 6 July 2014 | 01:34 | 0comments
Alhamdulilah... ucapan yang tidak pernah lekang dari bibir apabila menerima sesuatu anugerah. Terima kasih, Ya Allah di atas kurniaan-Mu. Bisik hati kecil disertai dengan amalan-amalan yang menunjukkan rasa syukur dengan segala nikmat-Nya. Itulah sebesar-besar syukur. Bukan sahaja ucapan di bibir, malah lebih bersyukur jika dapat diadaptasikan kepada amalan mulia di sisi Ilahi.

Bersyukur dengan segala anugerah yang dikurniakan walau dalam apa keadaan pun. Percayalah... di sekeliling kita sentiasa ada anugerah Ilahi yang tidak terhingga banykanya. Cuma bagaimana kita menunjukkan rasa syukur mungkin berbeza, tetapi janganlah sesekali alpa, leka dan berputus asa.



Ujian adalah tanda Allah rindukan Kita..
Saturday 31 May 2014 | 05:43 | 0comments
Kita selalu mengeluh setiap kali kita ditimpa kesusahan.. Tapi tahukah kita, kesusahan yang kita lalui itu adalah tanda Allah rindukan rintih kita.. Rintihan kita supaya berdoa kepadanya.. Allah hendak kita sentiasa mengingatinya..

Allah pernah berfirman pada Malaikat Jibrail a.s : " Wahai Jibrail, sesungguhnya aku sangat rindukan rintihan hambaku, maka turunkanlah ujian dan dugaan pada dia".



                                                                                     Terimalah ujian kita dengan senyuman :D
Air mata...
| 05:34 | 0comments
Air mata putus asa kerana cintakan dunia herganya persis setitik air kotor di pelimbaan. Namu setitis air mata kerana takutkan Allah umpama permata yang indah gemerlapan..



                                                                            Sentiasalah menangis kerana takutkan Allah..
Ujian dari Allah..
| 05:28 | 0comments
Ujian Allah begitu perit,pahit dan menyakitkan.. kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan.. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan.. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita.. Kasih sayang Allah jauh lebih tinggi dan lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sayangnya, kita hamba yang "buta". Kita tidak nampak, di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu ada kasih sayang dari-Nya jua.. Tetapi, kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih sayang Allah disebalik segala ujian-Nya.. Kita selalu bertanya, "Mengapa Allah takdirkan kesusahan dan keperitan ini keatas diriku". Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah. Kita seharusnya mampu "tersenyum" ketika dipukul oleh takdir-Nya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakanlah pada hati, " Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hamba-Mu. Di sebalik ujian ini, aku yakin ade kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku, aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sabalik semua ini tetap ada kasih sayang-Mu".




                                                                               Ingatlah sentiasa Allah sentiasa menyayangi kita..

Allah tahu kemampuan hamba-hambanya...
| 05:17 | 0comments
                                                            Surah Al-Baqarah ayat : 286