Hargai Anugerah Ilahi
Sunday, 6 July 2014 | 01:34 | 0comments
Alhamdulilah... ucapan yang tidak pernah lekang dari bibir apabila menerima sesuatu anugerah. Terima kasih, Ya Allah di atas kurniaan-Mu. Bisik hati kecil disertai dengan amalan-amalan yang menunjukkan rasa syukur dengan segala nikmat-Nya. Itulah sebesar-besar syukur. Bukan sahaja ucapan di bibir, malah lebih bersyukur jika dapat diadaptasikan kepada amalan mulia di sisi Ilahi.
Bersyukur dengan segala anugerah yang dikurniakan walau dalam apa keadaan pun. Percayalah... di sekeliling kita sentiasa ada anugerah Ilahi yang tidak terhingga banykanya. Cuma bagaimana kita menunjukkan rasa syukur mungkin berbeza, tetapi janganlah sesekali alpa, leka dan berputus asa.